Peranan dalam buku Regulus_Black

Berdasarkan salasilah keluarga Black, Regulus dilahirkan oleh Orion dan Walburga Black pada 1961 meninggal dunia pada 1979.

Dalam novel Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix, Sirius Black pernah membekalkan sedikit banyak maklumat tentang Regulus Black. Regulus dimasukkan Rumah Slytherin dan menjadi Seeker dalam pasukan Quidditch Slytherin. Dia menyertai Death Eater pada umur 16 tetapi berubah fikiran tidak lama kemudian.

Walaupun Sirius anggap dia dibunuh oleh Voldemort atau Death Eater, Harry Potter dengan Azimat Maut mengenal pasti bahawa Regulus mati dalam gua yang menyimpan locket Horcrux Voldemort. Regulus mati lemas akibat diheret oleh Inferi selepas minum posyen yang melindungi Horcrux. Sebelum mati, dia menyuruh Kreacher menmindahkan Horcrux dan cuba memusnahkannya. Dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix, Loket tersebut pernah dijumpai : "mereka juga menjumpai sebentuk loket yang tidak dapat dibuka" (muka surat 131, versi BM), dan dicuri oleh Mundungus Fletcher selepas setahun. Regulus meninggalkan cebisan kertas kulit yang nama R.A.B. ditandatangani dan dituju kepada Voldemort dalam Horcrux palsu. Hocrux benar dalam Grimmauld Place tidak diketahui sehingga R.A.B. dikenal pasti sebagai Regulus dalam Azimat Maut.

Sifat sebenar Regulus bertentangan dengan anggapan Sirius Black. Sirius menganggap Regulus sebagai orang penting yang perlu dibunuh oleh Voldemort sendiri, tetapi kenyataannya Regulus seorang ahli sihir yang sanggup mengorbankan diri, ditunjukkan oleh layanannya yang positif terhadap Kreacher dan mengorbankan diri kepada Inferi supaya Kreacher tidak tercedera.

Dalam Harry Potter dengan Azimat Maut, Harry mendapati Regulus merupakan bekas pemain Seeker dalam pasukan Quidditch Slytherin semasa belajar di Hogwarts dalam bilik Regulus. Harry juga mendapati Regulus tidak sekacak Sirius Black dalam foto lama sekolahnya.